Mar 20, 2009

HIKAYAT g.a.g.a.l

::monolog satu::

Aku Gagal?

Aaah...kenapa aku gagal? Kenapa? Aku dah puas usaha.

Segalanya dah ditaruhkan. Duit. Masa. Mengapa aku masih gagal?

Mengapa aku perlu gagal. Tak adil. Dunia tak adil.

Tidak...segalanya sudah berakhir. Dah tiada makna. Hidupku tak bermakna. Tidak...

----------------

::monolog dua::

Gagal? Laa...gagal lagi aku ni. Bodoh betul.

Memang dilahirkan untuk gagal agaknya aku ni. Dah kali ke berapa aku amik periksa ni. Aku dan gagal ni kembar agaknya.

Hehe...aku adalah gagal. Tanpa gagal, siapalah aku.

So, tidak perlu lagi nak harap apa-apa. Malas nak pikir apa-apa. Malas..malas.

Aku dah pun gagal. Hidup tak perlulah nak ubah apa-apa. Kerja penat-penat pun, tak ada potensi berkembang.

Sama je. Buang masa aku..

----------------

::monolog tiga::

Gagal? Allah!

Ya Allah, apakah ini cubaanMu Ya Allah? Telah sekian kali aku berusaha. Aku masih gagal?

Ya Allah. Apakah ada sesuatu ingin Kau pesankan? Ada kekurangankah pada tiap usahaku? Apa ini kifarah atas dosa-dosa lamaku?

Ataupun, ya...mungkin Allah simpankan yang lebih indah untukku, pada masa dan peluang yang lain.

---------------

Maafkan aku wahai diri yang istiqomah. Waktu ini, kita dihimpit kegagalan pula.

Namun. Jangan sekali kau berputus asa. Usaha perlu lebih gigih nampaknya.

Jika mahu berjaya, jadilah insan-insan yang mahal dirinya. Semahal emas yang telah dibakar dan melalui kesusahan yang maha panjang. Sebelum ia dilentur dan diperkasa keindahan.

Kegagalan merupakan permulaan

Kegagalan menjalinkan hikmah

Hidup bukan berakhir bahkan pengalaman

Kegagalan menjadikan manusia kreatif dan matang mencari solusi

Kegagalan membuat manusia menjadi luar biasa. Usahanya lebih mantap, fikrahnya lebih anggun. Imannya lebih nian. Tawakalnya lebih dalam.

---------------

Hakikat kegagalan: sebuah tamsilan warna warni kehidupan. Bila manusia mahukan berfikir. Dan, pulangkan segalanya kepada Allah Yang lebih kaya dengan pengetahuanNYA.

No comments: